20 September 2014

DAULAT TUANKU! AZMIN TIDAK LAYAK JADI MB SELANGOR!

Azmin bersetuju dengan pendirian Anwar seperti yang disampaikan di Gereja Church of Our Family Kajang pada 16.02.2014 bahawa kristian boleh mengguna-pakai kalimah Allah, walaupun ianya bercanggah dengan titah Tuanku Sultan dan Enakmen Anti-Dakyah Negeri Selangor 1988! Adakah Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Azmin akan bertembong dan berkonfrontasi dengan Tuanku dan Undang-Undang Negeri? Fikir-fikirkan yop!
Salam 2 all.

Setelah hampir pasti nama Wan Azizah Wan Ismail ditolak sebagai calon MB Selangor, media cetak, media elektronik, media siber termasuk media arus perdana riuh membuat lapuran kononnya ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai orang yang disenarai-pendekkan untuk menjadi Datuk Seri Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR dengan penuh aib dan hina.

Malah ada yang sudah membuat spekulasi Azmin yang akan bertanjak memegang tombak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor seperti yang dijadualkan pada hari Selasa 23 Sep 2014.

Teringat saya kata-kata menyengat mantan Perdan Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa 'bangsa Melayu mudah lupa'. Dan ura-ura perlantikkan Azmin Ali sebagai MB Selangor adalah bukti kata-kata menyengat Tun Mahathir itu ada kebenarannya!

Adakah kita lupa siapa Azmin Ali? Rakyat Selangor khususnya tentu tidak lupa perkara-perkara berikut yang membuktikan Azmin Ali tidak layak langsung untuk menjadi MB Selangor.

Saya tidak menjadikan fakta dan hakikat Azmin sebagai anak kelahiran Singapura dengan kad-pengenalan siri 71 sebagai alasan menolak dia sebagai MB.

Walaupun dia punya siri nombor kad-pengenalan yang biasanya digunakan kepada pendatang asing, lalu membuktikan dia bukan anak jati Selangor, tetapi fakta itu sahaja tidak cukup untuk menghilangkan kelayakan Azmin untuk menjadi MB.

Perlu diingatkan bahawa saya tiada masalah peribadi dengan Azmin. Malahan sejak menjadi peguam Anwar mulai 02.09.1998, saya mengenali Azmin dan isterinya Shamsidar secara peribadi; malah saya pernah diminta oleh Anwar untuk memberi khidmat nasihat guaman kepada Azmin dan Shamsidar di peringkat awal. Ini bukan soal peribadi, tetapi ini soal prinsip, integriti, kewibawaan dan maruah.

Fakta-fakta berikut membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa Azmin sememangnya tidak layak dipertimbangkan mengetuai Kerajaan Negeri Selangor:


1. MENGHINA BATANG TUBUH TUANKU SULTAN SELANGOR

Adakah kita lupa lapuran pakar perubatan Dr. Abdul Rahman Kadir bagaimana Azmin dan rakan-rakan pembangkangnya menghina Tuanku Sultan Selangor dan Raja-Raja Melayu serta pemimpin negara semasa istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April 2012 di Balairong Seri Istana Negara.

Dr. Abdul Rahman antara lain dipetik mendedahkan bagaimana apabila nama Baginda Tuanku Sultan Selangor diumumkan dan Baginda berjalan masuk ke Balairong Seri, 'Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai seperti kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, "Tangan jangan masuk poket...nanti dia marah". Semua mereka ketawa termasuk Dr. Siti Mariah sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, "I don't care".' (sila rujuk http://brojinggo.blogspot.com/2012/04/pembangkang-hina-raja-melayu.html).

Sehingga ke hari ini, baik Azmin mahupun penama-penama lain yang disebut oleh Dr. Abdul Rahman Kadir dalam lapurannya tidak ada mengambil tindakan samada membuat lapuran polis atau menyaman Dr. Abdul Rahman Kadir sebagai penafian jelas terhadap lapuran tersebut.

Persoalannya, bagaimana seorang yang dilapurkan telah menghina batang tubuh Baginda Tuanku Sultan Selangor hendak dilantik menjadi Menteri Besar dan bertindak sebagai Datuk Bendahara untuk menasihati Tuanku Sultan Selangor?


2. KALIMAH ALLAH & PERSOALAN AQIDAH - AZMIN SETUJU KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH?

Azmin Ali dalam sidang media pada 17 Januari 2013 telah menyanggah ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura' Ulama' PAS mengenai isu kalimah Allah.*

Pada 13 Januari 2013, Majlis Syura' Ulama' PAS telah membuat ketetapan melarang sebarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian kerana ianya membabitkan persoalan aqidah dan bukannya isu politik.

Azmin dalam kenyataannya menyanggah ketetapan Majlis Syura' Ulama' PAS dengan menyatakan bahawa ketetapan Majlis Syura' Ulama' PAS hanya mengikat ahli PAS.

Azmin bertegas menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan pendirian Majlis Presiden Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS yang dibuat pada 08 Januari 2013 yang memperakui kristian boleh menggunakan kalimah Allah walaupun tidak menepati kehendak Al-Quran; sebagaimana yang dituntut oleh Lim Guan Eng didalam ucapan hari krismas pada 25 Disember 2012.

Pendirian Azmin ini jelas bercanggah dengan titah Tuanku Sultan Selangor sendiri. Ianya juga jelas bercanggah dengan pendirian Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor; malahan bercanggah dengan Enakmen Pelarangan Pendakyahan Agama Bukan Islam 1988 Selangor yang jelas melarang penggunaan kalimah Allah oleh mana-mana orang bukan Islam dalam bentuk yang dilarang Islam.

Persoalannya ialah, apakah kelak nanti akan berlaku pertembungan dan konfrontasi diantara Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Azmin Ali dengan Tuanku Sultan Selangor, institusi Islam Negeri Selangor dan juga Undang-Undang sah Negeri Selangor?

Sekurang-kurangnya Tan Sri Khalid jelas pendiriannya dalam isu ini - iaitu patuh kepada titah Tuanku Sultan Selangor sendiri. Sebab itu sehingga hari ini Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid enggan mengembalikan bibel versi bahasa Melayu yang dirampas MAIS kepada Bible Society of Malaysia.

Adakah Azmin akan melanggar titah Tuanku dan Enakmen Anti-Dakyah Negeri Selangor dengan mengembalikan bibel-bibel tersebut, dan membenarkan kristian mengguna-pakai kalimah Allah di bumi Selangor ini?

Apa yang jelas pendirian Azmin yang dinyatakan melalui sidang media pada 17 Januari 2013 itu tidak pernah ditarik balik secara terbuka? Dan Azmin sendiri tidak menyatakan dengan jelas dan sarih bahawa dia sudah menukar pendirian dan bersetuju dengan titah Tuanku dan undang-undang negeri Selangor melarang kristian menyalahguna kalimah Allah di bumi Selangor ini?

Kita perlu ingat isu kalimah Allah ini belum pun tamat. Bible Society of Malaysia masih menuntut dikembalikan bibel-bibel versi bahasa Melayu yang mengandungi kalimah-kalimah yang dilarang. Penerbitan The Herald membuat kenyataan semalam bahawa mereka telah memfailkan permohonan menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan. Dan rayuan pihak SIB - Sidang Injil Borneo untuk penggunaan kalimah Allah oleh kristian dan hak mendakyahkannya akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 01 Oktober 2014.

Bermakna isu kalimah Allah dan penggunaan bibel versi bahasa Melayu masih lagi panas berapi dan akan berpanjangan, mungkin sehingga ke PRU-14 yang dijadualkan pada tahun  2018. Apakah pendirian kerajaan Azmin Ali nanti bila isu ini berbangkit kelak?

Kalau kita dah tahu pendirian Azmin menyokong kristian menggunakan kalimah Allah yang bercanggah dengan titah Tuanku Sultan dan Enakmen Negeri Selangor, dan kita masih melantik dia menjadi Menteri Besar Selangor; tidakkah itu namanya mengundang bala, mencari masalah?

Isu kalimah Allah ini isu besar; membabitkan soal aqidah, agama dan keimanan. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS, adalah kufur dan syirik bagi sesiapa membenarkan atau bersetuju kristian mengguna-pakai kalimah Allah.


3. HUBUNGAN BURUK DENGAN PM DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN - NAJIB HAIWAN TERNAKAN MAHATHIR?

Kita semua tahu bahawa untuk rakyat sesebuah negeri di Malaysia ini terus menikmati keamanan, pembangunan dan kemakmuran berterusan, maka Kerajaan Negeri wajib mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Pusat dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.

Apatah lagi Negeri Selangor yang mempunyai kedudukan geo-grafi dan geo-politik yang sangat rapat dengan Kerajaan Persekutuan. Mutakhir isu bekalan air bersih dan terawat bagi rakyat Selangor yang menghadapi masalah kritikal akibat kegiatan politiking yang melampau oleh pembangkang DAP-PKR-PAS di Negeri Selangor.

Kerajaan Pusat cuba membantu melalui projek Langat-2 untuk menyalurkan air daripada Negeri Pahang ke Selangor. Kerajaan Tan Sri Khalid yang menyedari isu air ini perlu diselesaikan dengan kerjasama dan bantuan Kerajaan Pusat telah mengambil langkah positif dengan menandatangani perjanjian kerjasama dengan Kerajaan Pusat. Tindakan Khalid dikritik hebat oleh pimpinan pembangkang dan dikatakan antara punca Langkah Kajang dilaksanakan untuk menggulingkan Khalid.

Persoalannya, adakah Azmin Ali mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Pusat. Saya tidak nafikan Azmin mempunyai hubungan individu dan peribadi yang agak baik dengan beberapa orang pimpinan UMNO. Malah sehingga kini saya difahamkan hubungan itu masih terjalin.

Malah pada awal Ogos lepas Azmin dilihat bersama dengan seorang pegawai kanan seorang pemimpin kanan UMNO di bangunan kondominium mewah Troika, KLCC Kuala Lumpur. Apa yang dibincangkan saya pun tidak tahu; tetapi keakraban mereka memang terserlah. Malah Azmin antara satu-satunya pemimpin PKR yang masih dijemput menghadiri majlis perkahwinan dan lain-lain majlis peribadi yang dianjurkan oleh pimpinan kanan UMNO.

Saya diberitahu ada beberapa orang kenamaan yang didakwa kononnya rapat dengan Istana Selangor begitu giat melobi untuk Azmin diangkat menjadi MB Selangor. Malah dua orang yang bergelar Tan Sri dikatakan ke Putrajaya baru-baru ini berjumpa dengan pimpinan kanan UMNO, khabarnya untuk mendapat lampu-hijau Putrajaya untuk Azmin dilantik menjadi MB Selangor, wallahua'lam.

Bagi saya itu semua adalah hubungan peringkat individu dan peribadi, dan saya tiada masalah dengannya. Tetapi bagaimana pula dengan hubungan politik dengan Kerajaan Pusat sendiri?

Bagaimana hubungan Azmin dengan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Najib Tun Razak? Sudah pasti sebagai MB beliau wajib mempunyai hubungan yang baik dan positif dengan YAB PM Malaysia.

Pada 07.03.2014, semasa kempen PRK Kajang, Azmin telah membuat satu ucapan yang jelas membuktikan betapa buruknya hubungan beliau dengan YAB PM bila beliau berkata bahawa 'Najib adalah haiwan ternakan Mahathir'.

Dakwaan menghina ini dibuat Azmin konon atas dakwaan bahawa Najib 'mengarahkan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar kerana kesalahan meliwat' pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu menyebabkan angan-angan Anwar dalam Langkah Kajang untuk bertanding dalam PRK Kajang dan menjadi MB Selangor terbantut.

Malah dalam ucapan penuh penghinaan itu, Azmin memberi gambaran seolah-olah Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya (sila rujuk http://youtu.be/be/ezK3rhbHysU). Tuduhan dan maki hamun Azmin terhadap Najib itu dijawab oleh Mursyidul Am TIBAI Sheikh Zahid Md Arip di http://youtu.be/KR46_kGQ2jE.

Jangan lupa Azmin juga pernah membuat kenyataan mendoakan supaya 'Dr. Mahathir jatuh tersungkur' semasa Tun Mahathir jatuh sakit di Australia.

Juga jangan lupa kerjasama erat Anwar-Azmin dalam perhimpunan haram yang dilabel sebagai Bersih-2 yang menyaksikan rusuhan dan pelanggaran perintah polis yang belum pernah disaksikan dalam sejarah negara ini.

Kita melihat polis dipukul, motosikal polis ditendang jatuh dan anggota trafik disepak dimuka dan dipukul, kenderaan polis diterbalikkan dan dipecahkan dan macam-macam lagi perbuatan terkutuk dan kerosakan dilakukan terhadap pasukan keselamatan dan harta-benda awam.

Azmin adalah antara pimpinan pembangkang yang dikenal pasti oleh pihak keselamatan antara yang terlibat dalam perhimpunan haram itu!

Jadi dalam konteks ini semua, bagaimana rakyat Selangor boleh mengharapkan sebuah Kerajaan Negeri yang akan mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Pusat?

Malahan, bagaimana Azmin mahu menjalin hubungan baik dengan ahli dan penyokong UMNO dan Barisan Nasional yang juga merupakan sebahagian besar rakyat Selangor apabila dia melabel Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional sebagai 'haiwan ternakan Mahathir'.

Pada saya, hanya ahli, penyokong dan pemimpin UMNO-BN yang bodoh dan bangang sahaja yang boleh menerima Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.

Alasan ini sahaja sudah mewajarkan pencalonan Azmin ditolak mentah-mentah kerana salah satu kriteria pemilihan seorang Menteri Besar Selangor ialah untuk membawa kebaikan dan kemakmuran kepada rakyat Selangor!

Bagaimana pembangunan, kemajuan dan kemakmuran hendak dibawa ke negeri Selangor jika Menteri Besarnya menuduh Perdana Menteri sebagai 'haiwan ternakan Dr. Mahathir'!


RUMUSAN

Tiga faktor diatas sudah cukup membuktikan bahawa Azmin tidak layak dipertimbangkan pun untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Saya tidak berminat untuk mengupas dakwaan masalah moral dan sosial Azmin - yang pernah didakwa dengan skandal 'aiskrim dalam jamban', juga sebagai 'Si-Tanggang moden' yang didakwa derhaka terhadap ibunya Mak Tom sehingga Mak Tom terpaksa membuat kenyataan di televisyen sambil menangis merintih, ataui dakwaan konon dia mempergunakan isterinya Shamsidar 'untuk kepentingan politik dan peribadinya'. Juga dakwaan Datuk Murad, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara kononnya mengenai penyelewengan wang berjumlah RM3 billion ringgit membabitkan Anwar dan isteri Azmin Shamsidar, dan lain-lain dakwaan.

Pada saya, samada dakwaan-dakwaan ini benar atau sebaliknya tidak timbul dalam isu perlantikan MB kerana ianya terlalu peribadi membabitkan rumahtangga dan peribadi Azmin, dan tidak wajar untuk dijadikan bahan bahasan umum.

Saya serahkan kepada Azmin untuk tampil kedepan menjawab dakwaan-dakwaan ini, termasuk membuat lapuran polis, atau menyahut cabaran Mursyidul Am TIBAI untuk membuat sumpah laknat menafikannya. Itu terserahlah kepada Azmin sendiri untuk menimbangkannya.

Memang benar bahawa sebelum daripada ini, ada Menteri Besar Selangor daripada UMNO didakwa mempunyai pelbagai skandal. Tetapi bezanya isu skandal mereka ini timbul dan terjadi hanya setelah mereka sudahpun menjawat jawatan MB Selangor.

Sebaliknya Azmin belum pun dilantik sebagai MB sudah pun didakwa terpalit dengan pelbagai skandal yang jika tidak diurus dan dikawal dengan baik atau disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan boleh menjahanamkan Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, apa yang ingin saya fokuskan daripada perbincangan tiga faktor diatas ialah soal integriti, kewibawaan dan akhlak kepimpinan yang jelas membuktikan Azmin tidak layak dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Seperti yang telah saya sebut dalam mukaddimah, saya tiada masalah peribadi dengan Azmin. Malah hubungan saya dengan Azmin adalah baik. Sepanjang saya dipecat sebagai Ahli Parlimen mewakili PKR berkaitan isu kalimah Allah, saya tidak pernah mengkritik Azmin secara terbuka; sehingga ramai rakan kehairanan mengapa saya bersikap sedemikian.

Seperti yang saya sebut, saya tiada masalah peribadi dengan Azmin. Malah saya juga punya hubungan baik dengan Shamsidar dan pernah ke kampungnya di Taiping. Saya juga punya hubungan baik dengan beberapa ahli keluarga Mak Tom.

Persoalannya ialah penentuan pemilihan seorang Menteri Besar, iaitu Ketua Kerajaan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Ini persoalan besar yang akan menentukan arah tuju sebuah kerajaan negeri. Ini soal masa depan genarasi akan datang termasuk anak cucu saya nanti.

Sebab itu saya tidak boleh mengambil sikap membisu dan berdiam diri. Saya perlu bersuara, apatah lagi pesan Nabi Muhammad saw hendaklah kamu cegah sebarang kemungkaran, 'jika tidak dengan tangan (kuasa) kamu, cegahlah ia dengan mulut (lisan, tulisan) kamu. Jika itu pun kamu tidak mampu, janganlah kamu redhai kemungkaran itu dengan bersekongkol dengannya'.

Sebab itu saya menulis ini. Bukan untuk menghina Azmin, bukan untuk mengaibkan Azmin. Malah saya cukup berhati-hati dengan hanya memberi fokus kepada soal prinsip, integriti dan kewibawaan dengan mengenepikan persoalan peribadi dan personal Azmin.

Akhir kata, saya pohon sembah takzim kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor untuk mengambil kira pandangan saya ini sebagai suatu sumbangan saya kearah memperkasa dan memartabatkan institusi DiRaja Selangor, kerajaan Selangor dan untuk kebaikan seluruh rakyat Selangor.

Pandangan saya ini bukan bermaksud mencampuri urusan dan kuasa Tuanku. Malah saya sedia maklum kuasa melantik seseorang Menteri Besar Selangor adalah hak mutlak Tuanku Sultan Selangor dibawah Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor.

Saya berharap Tuanku menganggap pandangan saya ini sebagai satu sumbangan kecil saya dalam proses Tuanku untuk menimbang dan melaksanakan kuasa mutlak Tuanku tersebut.

Apa pun akhirul kalam, ketentuan adalah ditangan Paduka Tuanku Sultan Selangor sendiri.

Saya akhiri dengan peringatan Allah sendiri didalam Surah Al-Asr, 'Demi masa, sesunggunhnya manusia itu sentiasa berada didalam kerugian; kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; dan mereka pula berpesan-pesan (ingat-mengingatkan) dengan kebenaran, serta berpesan-pesan (ingat-mengingatkan) dengan kesabaran'.

Tugas dan tanggungjawab saya hanya sekadar berpesan-pesan dan ingat-mengingatkan, dengan fakta kebenaran, dan dengan kesabaran. Janganlah kita menjadi manusia yang disebut Tun Mahathir sebagai bangsa yang cepat pelupa, dan yang lebih penting, janganlah kita berada dalam kerugian dan penyesalan berpanjangan akibat kelupaan dan kealpaan kita hanya kerana kita tidak mahu mendengar sebarang pesanan dan peringatan.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
25 Zul-Qaedah 1435
20 Sept 2014

*Sila rujuk




http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/IsukalimahAllah_KenyataanAzminAlibercanggahmajlissyura/Article/index_html,

07 September 2014

AAMANTU BILLAH SUMMASTAQEEM!

Umat Islam akan berada didalam fitrahnya apabila ia duduk didalam jemaah. Tetapi apabila umat Islam bersekongkol dengan kafir harbi dan memusuhi sesama Islam, maka ia berada dalam keadaan luar tabi'e!!!
LAGU TEMA PARTI ISLAM SeMALAYSIA (PAS) - BERJIHADLAH

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat Daulah Islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah Parti Islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....

Salam 2 all.

Saya sengaja mengingatkan kesemua ahli dan penyokong PAS akan lagu rasmi Parti Islam SeMalaysia PAS. Lagu ini sentiasa disematkan didalam jiwa tiap ahli, pimpinan dan pejuang PAS sebagai pembakar semangat perjuangan.

Sebab itu saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS supaya memberi ketaatan, walaq dan kepatuhan tidak berbelah bagi kepada Datuk Seri Hadi Awang dan Majlis Syura' Ulama' PAS yang sedang menghadapi tentangan dan peperangan daripada dalam dan luar PAS.

Isunya bukan soal perlantikan Menteri Besar Selangor! Itu hanya sebab-musabab!

Isunya ialah sudah sekian lama PAS dijadikan kaldai tunggangan oleh kaum Anwarinas, para parasit dan kaum cauvinis.

PAS terlalu bertolak ansur selama ini - setiap kali ditolak PAS beransur.

Sehingga PAS buang perjuangan negara Islam!

Sehingga PAS ketepikan perlaksanaan hudud, qisas dan takzir!

Sehingga PAS bermata putih melihat kalimah Allah dicemar dan disyirikkan!

Sehingga PAS memecat tokoh hebat seperti Hasan Ali yang tegar memperjuangkan Islam!

Sehingga PAS memecat ulama muda seperti Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura'!

Sehingga PAS dipaksa menerima seorang yang disabit dengan hukuman liwat sebagai pemimpin!

Sehingga PAS dipaksa menerima pemimpin yang tidak punya kredibiliti dan akhlak yang cemar!

Sehingga PAS dikatakan parti PAS PIS PUS!

Sehingga PAS hilang identiti perjuangan Islamnya!

Kata orang Melayu, cukup-cukuplah tu. Kata omputeh, enough is enough!!!

Inilah masa kalian ahli dan penyokong PAS untuk bangkit dan membela dan mempertahankan pimpinan ulama dan mereka yang benar-benar mahukan Islam.

Intan surullah hayyan surkum, wayusabbit aqdaamakuum!

Kamu bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu dan memperkasakan kamu!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
12 Zul-Qaedah 1435
07 Sep 2014

05 September 2014

POLITIK 69!

 
Ah Foo, betulkah cerita Tun Mahathir pecat Anwar sebab dia ingat Anwar mau lantik Jijah jadi TPM? Aiya ..lu dudok diam-diam lah. Lu sudah jadi Ketua Menteri kira sudah bagus!!!

Salam 2 all.

Parti suami lantik isteri jadi Menteri Besar!
Parti bapak lantik anak jadi Ketua Menteri!
Suami Ketum parti!
Bapak penasihat parti!
Isteri Presiden!
Anak Setiausaha Agong!
Isteri ADUN Kajang!
Laki bakal banduan Kajang!
Agaknya kalau DAP dapat lagi satu negeri,
adakah Betty menantu Kitsiang jadi Ketua Menteri?

Eh...cuba cari didunia ni ada tak parti politik cacamerba macam ni - main celah-celah laki bini anak bapak? Kalau ini bukan nepotisma, tak tau nak bagi label apa lagi kat dema ni! Rasanya kalau Allahyarham Tan Sri P.Ramlee masih hidup - mau ada filem komedi terbaru Politik 69!

Tetapi itulah hakikatnya! Rakyat Malaysia sedang melihat satu sejarah lawak yang akan menyebabkan Mr. Bean mati tercekik - menjadi negara pertama didunia yang ada parti politik anak beranak!

Nasib baiklah masih ada insan-insan waras didalam PAS!

Tetapi PAS lah menjadi bahan punching-bag kedua-dua parti DAP-PKR ini.

Dihina, diperlekeh, diperkaldaikan, disepak terajang, dipaksa pecat ahli sendiri yang tidak senang dipandang oleh kedua-dua pengkaldai ini.

Mana ada dalam dunia Presiden parti komponen disaman oleh rakan sekongkol. Tapi Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disaman RM2 juta oleh ahli PKR; dan langsung tidak ada sebarang tindakan oleh PKR terhadap ahli tersebut!

AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh disaman oleh Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng; dan langsung tidak ada nasihat diberikan oleh Kitsiang bapak Guan Eng yang juga penasihat DAP supaya anaknya jangan saman rakan sekongkol.

Setelah dikencing sampai hancing, akhirnya golongan ustaz-ustaz dalam PAS telah membuat satu korner baring yang menyebabkan kedua-dua pengkaldai terkedu merah padam muka!

Walaupun DAP-PKR bersetuju mengemukakan hanya nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, namun PAS bijak menggunakan titah Tuanku Sultan dengan mengemukakan tiga nama lain yang dipercayai anggota Exconya sendiri untuk menjadi calon MB.

Alasan PAS mudah. Ini titah Tuanku Sultan yang mahukan lebih daripada dua nama. Ilmu hisab PAS lebih hebat - PAS faham lebih daripada dua maknanya sekurang-kurangnya tiga. Dan tiga nama lah yang dikemukakan oleh PAS.

Bermakna PAS telah mematuhi dan mentaati titah Tuanku Sultan.

Tetapi PKR yang mempunyai Penasihat lulusan Pengajian Melayu, bukan sahaja tidak faham bahasa Melayu, ilmu hisab mereka pun gagal! Mereka tidak faham lebih daripada dua maknanya bukan satu. Tetapi itulah yang mereka buat - mereka hanya hantar satu nama!

Mereka dengan sengaja ingkar titah Tuanku!

Bermakna sekarang dihadapan Tuanku sekarang ada 3 nama dikemukakan oleh PAS yang mempunyai 15 ADUN.

Sebaliknya hanya ada satu nama dihadapan Tuanku dikemukakan oleh PKR yang ada 13 ADUN.

Bermakna sekarang kedudukan 15 lawan 13.

Tetapi parti anak beranak Kitsiang menyokong PKR. Dan mereka ada 15 ADUN. Bermakna calon tunggal PKR sudah mendapat sokongan 28 ADUN.

Bermakna sekarang bergantung kepada ADUN BN dan Bebas. Mereka ada 12 BN dan 1 Bebas - menjadikan jumlah 13. Jika mereka menyokong calon PAS, bermakna calon PAS juga mendapat sokongan 28 ADUN!

Bermakna stalemate - 28 (ADUN PAS/BN/Bebas) melawan 28 (ADUN DAP-PKR)!

Kalau dibuat undi dalam Dewan, sudah pasti calon PKR akan bungkus - sebab salah seorang ADUN mereka terpaksa mempengerusikan mesyuarat sebagai Speaker, dan dia tidak boleh mengundi. Bermakna tinggal 27.

Kalau begini keadaannya, apa kemungkinan yang akan atau boleh berlaku?

1. Baginda Tuanku Sultan boleh meminta Tan Sri Khalid terus menjadi MB jika mendapat sokongan PAS-BN;

2. Baginda Tuanku Sultan boleh melantik mana-mana ADUN PAS menjadi Menteri Besar dengan syarat disokong oleh ADUN BN dan Bebas;

3. Baginda Tuanku Sultan boleh menitahkan diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor untuk membuat ketetapan siapa ADUN yang mendapat sokongan majoriti ADUN untuk menjadi MB;

4. Baginda Tuanku Sultan boleh menitahkan supaya Tan Sri Khalid datang mengadap, dan jika Tan Sri Khalid melihat keadaan stalemate ini maka bolehlah beliau menasihatkan Tuanku supaya membubarkan Dewan Undang Negeri dan diadakan Pilihanraya Negeri;

5. Baginda Tuanku Sultan sendiri menitahkan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan!

Kuasa mutlak dibawah Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor jelas memberikan kuasa penentuan ditangan Baginda Tuanku Sultan. Dan ralyat Selangor seharusnya bersyukur banyak-banyak kerana mempunyai seorang Sultan yang bukan sahaja arif, tetapi juga bijaksana!

Ini adalah perkembangan yang sangat-sangat menarik!

Apa pun keadaan, saya ingin memetik kata Bin Sarjan dalam Ali-Baba & 40 Penyamun, "mari kita tengok siapa yang kena"!!!.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Zul-Qaedah 1435
05 Sept 2014

04 September 2014

PENDERHAKA KESULTANAN MELAYU!

Bang Non, Tuanku titah hantaq lebih daripada dua nama; tapi kita hantaq satu nama! Kita punya ilmu hisab dah kira D- ni!!! Ni yang Jah fenin ni Bang Non...fenin!!!
Salam 2 all.

Saya merujuk kepada isu penamaan nama calon Menteri Besar Selangor oleh pakatan pembangkang DAP-PKR dan PAS kepada Baginda Tuanku Sultan Selangor.

Kenyataan media Istana Selangor bertarikh 26 Ogos 2014 cukup jelas - bahawa 'Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua (2) nama daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Selangor'.

Rasanya pelajar Tadika Kemas pun boleh faham titah Tuanku Sultan - lebih daripada dua nama - maknanya paling kurang tiga nama!

Takkan benda mudah macam tu pun PKR dan DAP tak faham. Teruk sangat ke tahap penguasaan bahasa Melayu mereka sampai jadi bodoh dan bangang tak reti nak patuh titah Tuanku Sultan?

Dengar cerita Ketum PKR Anwar Ibrahim adalah lulusan ijazah Pengajian Melayu daripada Universiti Malaya. Takkan graduan lulusan pengajian Melayu yang juga merangkap Ketum Penasihat PKR tidak boleh menasihatkan parti yang diketuai bini dia supaya mentaati tiah Tuanku yang cukup mudah itu?

Tetapi ternyata itulah yang terjadi. PKR & DAP telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Wan Azizah!

Lebih daripada dua (2) nama dengan hanya satu (1) nama sangat berbeza! Itu pun mereka tidak faham-faham?

Ini membawa kita kepada satu rumusan - bahawa mereka dengan sengaja mengingkari titah Tuanku Sultan! Takkan mereka bodoh tahap gaban tak tahu beza lebih daripada dua (2) nama dengan hanya satu (1) nama sahaja?

Ini bermakna mereka dengan sengaja menderhaka kepada titah Tuanku Sultan. Ini satu perbuatan yang sangat biaDap lagi kurang ajar kepada institusi Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, saya merafak sembah kepada Baginda Tuanku Sultan Selangor supaya menolak apa juga nama yang akan diberikan oleh kedua-dua parti PKR-DAP selepas daripada ini kerana mereka jelas telah dengan sengaja mengingkari titah Tuanku dan menderhaka!

Bagaimana mungkin parti dan pemimpin parti yang menderhaka kepada Tuanku layak menjadi Datuk Bendahara @ Datuk Menteri Besar Selangor!

PR ini bukan Pakatan Rakyat - tetapi adalah Penderhaka Raja!

Lagi pun, nama-nama yang kononnya mahu dikemukakan sebagai calon MB Selangor - Azizah dan Azmin - adalah tidak layak untuk memimpin negeri Darul Ehsan ini. Bukan kerana mereka anak kelahiran Singapura! Juga bukan kerana mereka bukan anak Selangor. Sebaliknya mereka ini memang tidak layak kerana tidak mempunyai kewibawaan dan integriti untuk menduduki jawatan MB Darul Ehsan ini!

Antara contohnya mudah.

Baginda Tuanku Sultan telah menyatakan dengan jelas pendirian Baginda bahawa kristian tidak boleh mengguna-pakai kalimah Allah kerana bercanggah dengan Seksyen 9 Enakmen Anti-Dakyah Selangor.

Tetapi Azizah dan Azmin terang-terang menyokong pendirian Ketum dan parti mereka bahwa kristian hendaklah dibenarkan mengguna-pakai kalimah Allah, walaupun rakan komponen mereka Majlis Syura'  PAS dengan jelas membuat ketetapan menegah perbuatan itu.

Mana mungkin mereka yang berpendirian bercanggah dengan Baginda Tuanku Sultan dalam soal yang begitu asas dan fundamental layak menjadi Datuk Menteri Besar untuk menasihatkan Tuanku?

Isu penamaan calon MB ini membuktikan entiti yang dinamakan 'Pakatan Rakyat' sebenarnya adalah 'Pecahan Rakyat'. Bagaimana mereka boleh mengaku sebagai sebuah 'pakatan' sedangkan dalam soal pokok seperti siapa patut menjadi MB pun mereka berpecah!

Sebenarnya secara tidak rasmi Pakatan Rakyat sudah berkubur, secara rasminya mereka memang tidak ujud.

Memandangkan mereka telah memilih untuk menderhaka kepada titah Tuanku Sultan, maka adalah lebih wajar Tuanku Sultan tidak melayan lagi karenah mereka. Tuanku Sultan sudah memberi ruang dan peluang yang secukupnya kepada pimpinan PKR-DAP; tetapi mereka memilih untuk mengingkari titah Tuanku.

Jangan dilayan para penderhaka ini!

Saya berpendapat adalah wajar untuk Tuanku Sultan hanya menerima senarai yang dikemukakan oleh PAS kerana hanya PAS yang telah mentaati titah perintah Tuanku Sultan dengan mengemukakan lebih daripada dua (2) nama.

Apa pun, keputusan muktamad di tangan Tuanku. Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor adalah jelas bahawa kuasa melantik seorang Datuk Menteri Besar, yang dahulu dikenali sebagai Datuk Bendahara, adalah kuasa mutlak dan muktamad Tuanku.

Apa juga titah dan keputusan Tuanku, kami rakyat yang bernaung dibawah mahkota Tuanku di Selangor akan tetap patuh dan menjunjungnya.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
09 Zul-Qaedah 1435
04 Sept 2014

03 September 2014

SEMBANG MERDEKA - 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU!

Ah Foo ar...kalau wa mau angkat itu Utusan punya reporter kasi jadi wa punya Press Secretary ada okay kah Ah Foo? Aiya Ah Cheng...lu sudah demam berapa hari?

Salam 2 all.

Saya menerima pengkisahan dibawah daripada seorang rakan-cyber, dan saya mahu berkongsinya dengan rakan sahabat semua sebagai pengajaran dan iktibar untuk renungan kita bersama!

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan bukan Melayu yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan  Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut.

Berikut adalah adengan perbualan mereka...

Jom kita dengar dan hayati!

Tan Sri: Kerajaan UMNO perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak sepatutnya ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu.

Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan.

Lagi pun kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara termasuk sebagai pembayar cukai terbesar. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak kewarganegaraan kami?

Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum:

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Gobala ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagi pun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan orang Melayu Tan Sri.

Tanah air ini asalnya milik orang Melayu. Milik Raja-Raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: Aaar…aaar…aaar…

Wartawan: Tidak mengapa Tan Sri kalau tidak boleh jawap sekarang. Tapi balik nanti gunakanlah kepala otak Tan Sri untuk fikirkan!

Cuma Tan Sri, dan semua kawan-kawan Tan Sri perlu ingat. Bagi kami umat Melayu-Islam dinegara ini, kami masih berpegang dan mengingati 7 Wasiat Raja-Raja Melayu yang telah diperbuat sebelum Permasyhuran Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ditandatangani dan disempurnakan, iaitu sebelum Malaysia ditubuhkan lagi.


7 Wasiat Raja-Raja Melayu

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Dan bagi memastikan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu ini dipelihara dan dilaksanakan, maka peruntukkan mengenainya telah digubal didalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11; Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153; dan Perkara 181 (1).

Dan peruntukkan-peruntukkan ini tidak boleh sama-sekali dipinda, diubah, dibatalkan atau dimansuhkan kecuali dengan izin, persetujuan dan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan tiap-tiap Baginda Tuanku Sultan yang memerintah yang bersidang sepenuhnya.

Dan jika Tan Sri faham 7 Wasiat Raja-Raja Melayu ini, maka Tan Sri akan faham perasaan dan sentimen umat Melayu-Islam apabila ada pihak yang mula mencabar, mempersoal, apatah lagi mengusulkan supaya dihapuskan hak istimewa orang Melayu, kedudukan istimewa Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Saya yakin dan percaya bahawa bukan semua kaum bukan Melayu bersikap sedemikian. Malahan saya yakin dan percaya majoriti kaum bukan Melayu di negara ini tetap menghormati kontrak sosial dan persefahaman yang telah dicapai sebelum kemerdekaan, dan menghormati hak istimewa orang Melayu, kedudukan istimewa agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Sebab itu kita lihat tokoh pimpinan kaum Cina waktu itu, mendiang Tun Tan Siew Sin sendiri telah menegaskan pada 30 April 1969 bahawaorang Melayu, melalui UMNO, sangat bermurah hati untuk mengendurkan undang-undang kewarganegaraan negara ini sehinggakan dalam tempoh 12 bulan selepas merdeka, 90% bukan-Melayu menjadi warganegara.
Suasana ini sangat berbeza sebelum merdeka dimana hampir 90% bukan Melayu adalah bukan warganegara setelah hampir 100 tahun penjajah menjajah Negeri-Negeri Melayu ini.
Mengambil kira konsesi ini, MCA dan MIC bersetuju untuk meneruskan pemeliharaan kedudukan istimewa orang Melayu dan diwaktu yang sama mempertahankan kepentingan sah masyarakat lain”.

Begitu juga tokoh pimpinan kaum India waktu itu, mendiang Tun V.T. Sambanthan menegaskan didalam sidang Parlimen pada 01 Jun 1965 bahawa, “kalau kita melihat sekeliling Asia dan Asia Timur khususnya, kita akan melihat kaum saya bangsa India tidak diterima di Sri Lanka, tidak diterima di Myanmar. Lihat saudara saya kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di Kampuchea, di merata tempat. Apa bantuan yang mereka dapat di negara-negara ini? Di Myanmar, seperti yang kita ketahui, kaum India dihalau keluar; di Sri Lanka mereka ditolak kewarganegaraan dan di Burma sama sahaja. Saya tahu, dan kamu pun tahu apa yang berlaku.
Tetapi di Tanah Melayu apa yang terjadi? Disini kita dapati kepimpinan orang Melayu berkata, "kami akan menerima kamu sebagai saudara kami, dan kami akan beri kamu peluang sepenuhnya untuk tinggal di negara kami ini, dan kami akan beri peluang kepada kamu untuk menjadi warganegara". Jadi pada tahun 1957, untuk keseluruhan tahun, kita mengenepikan syarat bahasa (Melayu), dan puluhan ribu kaum India, Cina, Ceylon dan lain-lain menjadi warganegara.
Seperti yang saya katakan, saya sangat bernasib baik dilahirkan didalam negara ini. Dimana lagi yang boleh kamu temui bangsa Melayu yang begitu berkebajikan, sopan dan sangat bersusila? Dimana lagi kamu boleh menerima layanan politik yang sangat bermaruah untuk mana-mana kaum pendatang? Dimana lagi didalam sejarah dunia ini? Saya bertanya kepada kamu. Ini adalah hakikat dan fakta! Siapa yang akan menjaga kepentingan kita? Saya hanyalah kaum minoriti 10% dalam negara ini. Tetapi saya sangat gembira disini”.

Tetapi diluar sana terdapat segelintir kumpulan anasir dan subversif (termasuk juga sekelumit dikalangan neo-Melayu liberal)  yang bersikap cauvinis, pelampau perkauman dan extremis agama yang tidak tahu menghormati kontrak sosial dan persefahaman yang telah dicapai sebelum kemerdekaan, dan menghormati hak istimewa orang Melayu, kedudukan istimewA agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Tokoh negarawan ulung dan Bapa Kemerdekaan Malaysia, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman pernah memberikan kita amaran mengenai anasir seumpama ini bila Almarhum Tunku berkata pada 15 April 1969 sekiranya mereka ini (iaitu anasir cauvinis, pelampau perkauman dan extremis agama ini) "berterusan mempertikaikan dan mencabar Artikel 153 (berkaitan hak istimewa orang Melayu & bumiputra), maka kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur!”

Dan  untuk pengetahuan Tan Sri, itulah punca terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 apabila kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis agama mencabar, mempersoal, dan menuntut supaya hak istimewa orang Melayu, kedudukan istimewa Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan!

Dan mereka inilah musuh bersama bagi umat Melayu-Islam, bumiputra Sabah & Sarawak dan kaum-kaum lain termasuk kaum Cina dan India yang menjadi rakyat dan warganegara Malaysia yang tercinta ini.

Dan mereka inilah yang perlu dan wajib kita tentang habis-habisan!

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 57...

DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NUSA!

Adios amigos, jazakallah, terima kasih, seh-seh, nandre.....grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
08 Zul-Qaedah 1435
03 Sept 2014

* Kisah diatas tidak ada kena-mengena dengan mereka yang masih hidup apatah lagi yang telah mati, tetapi banyak kena mengena dengan para cauvinis, pelampau perkauman dan extremis keagamaan (termasuk sekelumit kaum neo-Melayu liberal) sebagai pengajaran dan iktibar untuk renungan bersama.

02 September 2014

SATU KETIKA DAHULU,TOKNENEK KITA PERNAH BERKATA...







Slogan Malai-Si, Mati-Malayu menyelebungi peristiwa berdarah 13 Mei 1969


Salam 2 all.

Kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis agama kerap memukul canang mengingatkan umat Melayu-Islam Malaysia mengenai kontrak sosial – dengan menuntut hak persamaan dan penghapusan hak istimewa Melayu, kedudukan Islam dan semua perundangan berkaitan dengannya, serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Saya tidak bercadang untuk mengupas tuntutan kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis agama ini.

Tetapi saya mahu memperingatkan mereka apa yang pernah disebut dan diungkap oleh para pemimpin generasi awal terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India – tok nenek kita sebelum kemerdekaan tahun 1957!

Petikan kata-kata daripada tokoh kaum Cina, mendiang Tun Tan Siew Sin yang telah menyatakan pada  30 April 1969*:
Orang Melayu, melalui UMNO, sangat bermurah hati untuk mengendurkan undang-undang kewarganegaraan negara ini sehinggakan dalam tempoh 12 bulan selepas merdeka, 90% bukan-Melayu menjadi warganegara.
Suasana ini sangat berbeza sebelum merdeka dimana hampir 90% bukan Melayu adalah bukan warganegara setelah hampir 100 tahun penjajah menjajah Negeri-Negeri Melayu ini.
Mengambil kira konsesi ini, MCA dan MIC bersetuju untuk meneruskan pemeliharaan kedudukan istimewa orang Melayu dan diwaktu yang sama mempertahankan kepentingan sah masyarakat lain.
Petikan kata-kata daripada tokoh kaum India, mendiang Tun VT Sambanthan yang telah menyatakan pada 01 Jun 1965*:
Kita telah memenangi pilihanraya 1955 dengan majoriti yang sangat besar. Kemudian kita memperolehi kebebasan dalam tempoh dua tahun. Dalam tempoh itu, kita perlu berbincang soal kewarganegaraan dan beberapa perkara lain. Dan apa yang orang Melayu lakukan - memandangkan kita bercakap mengenai soal perkauman - apakah yang dilakukan oleh kepimpinan orang Melayu? Mereka mendapat sokongan 88% pengundi. Apakah yang mereka lakukan mengenai soal kewarganegaraan?

Kalau kita melihat sekeliling Asia dan Asia Timur khususnya, kita akan melihat kaum saya bangsa India tidak diterima di Sri Lanka, tidak diterima di Myanmar. Lihat saudara saya kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di Kampuchea, di merata tempat. Apa bantuan yang mereka dapat di negara-negara ini? Di Myanmar, seperti yang kita ketahui, kaum India dihalau keluar; di Sri Lanka mereka ditolak kewarganegaraan dan di Kampuchea sama sahaja. Saya tahu, dan kamu pun tahu apa yang berlaku.
Tetapi di Tanah Melayu apa yang terjadi? Disini kita dapati kepimpinan orang Melayu berkata, "kami akan menerima kamu sebagai saudara kami, dan kami akan beri kamu peluang sepenuhnya untuk tinggal di negara kami ini, dan kami akan beri peluang kepada kamu untuk menjadi warganegara". Jadi pada tahun 1957, untuk keseluruhan tahun, kita mengenepikan syarat bahasa (Melayu), dan puluhan ribu kaum India, Cina, Ceylon dan lain-lain menjadi warganegara.
Seperti yang saya katakan, saya sangat bernasib baik dilahirkan didalam negara ini. Dimana lagi yang boleh kamu temui bangsa Melayu yang begitu berkebajikan, sopan dan sangat bersusila? Dimana lagi kamu boleh menerima layanan politik yang sangat bermaruah untuk mana-mana kaum immigran? Dimana lagi didalam sejarah dunia ini? Saya bertanya kepada kamu. Ini adalah hakikat dan fakta! Siapa yang akan menjaga kepentingan kita? Saya hanyalah kaum minoriti 10% dalam negara ini. Tetapi saya sangat gembira disini.

Petikan kata-kata daripada tokoh umat Melayu-Islam, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah menyatakan pada 15 April 1969*:
Sekiranya DAP berterusan mempertikaikan dan mencabar Artikel 153 (berkaitan hak istimewa orang Melayu & bumiputra), maka kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur!
Jadi kepada kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis agama, adakah perlu untuk saya komen lagi? Res ipsa loquitur – sudah terang lagi bersuluh!!!
Kita semua sepatutnya berterima kasih dan bersyukur. Ini adalah kerana budaya orang Melayu yang berasaskan kepada agama Islam mengajar kami untuk sentiasa bertolak ansur dan memberi ruang kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Atas sebab itulah generasi awal orang Melayu menerima kaum Cina dan India sebagai rakan-warga dan memberi peluang sepenuhnya untuk mereka meneroka potensi yang ada dengan tujuan untuk membangunkan negara tercinta yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Dan umat Melayu-Islam tidak ada masalah menerima keadaan itu sekarang. Malah saya berani menegaskan bahawa sesiapa yang mempersoalkan status kewarganegaraan kamu sekarang akan dianggap sebagai musuh bagi umat Melayu-Islam!
Dan apa yang umat Melayu-Islam harapkan ialah kamu tidak mempersoalkan, mencabar atau menyerang kesahihan dan keabsahan hak istimewa orang Melayu, kedudukan istimewa agama Islam dan segala peruntukkan perundangan berkaitannya, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu!
Selain daripada itu, untuk segala maksud dan tujuan, kita adalah bersaudara, dan warganegara kepada negara hebat Malaysia ini!
Marilah kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan memberi sumbangan kearah pembangunan negara ini dalam menuju kearah status negara maju menjelang tahun 2020!
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 57!
DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA - KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
05 Zul-Qaedah 1435
31 Ogos 2014

* Petikan ucapan-ucapan ini telah di kaji selidik oleh Tuan Haji Abdul Karim Bin Omar, Setiausaha Agong Pertubuhan Muafakat yang boleh dilayari di laman sesawang www.akarimomar.wordpress.com. Tahniah kepada Tuan Haji Abdul Karim Omar atas kaji selidik yang hebat ini!

* sila rujuk juga www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0531&pub=utusanmalaysia&sec=Rencana&pg=re.htm&arc=hive

*Saya bersedia diperbetulkan atas petikan ini. Sila hubungi saya sekiranya ada apa-apa salah-petikan atau salah rujukan atas kenyataan kedua-dua tokoh hebat ini.

** Sila rujuk lapuran Mageran bertarikh 06 Okt 1969;

*** Mungkin sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran mengkaji semula pembelajaran sejarah Malaysia denganmenambah-baik matapelajaran Tata-Negara dengan mendedahkan pelajar kepada kenyataan-kenyataan pimpinan terdahulu dan juga kisah-kisah hitam negara seperti tragedi 13 Mei 1969, pemerintahan Bintang-Tiga, peristiwa Bukit Kepong dan lain-lain supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada generasi muda hari ini dan yang akan datang.

01 September 2014

ONCE UPON A TIME, OUR GREAT FOREFATHER SAID...

The slogan Malai-Si : Death to the Malays, propagated by the chauvinists, racial extremists and religious bigots has offended the Malay-Muslim that tainted the history of this peaceful nation with the bloody-day of May-13!
Salam 2 all.

The chauvinist, racial extremist and religious bigots keep reminding the Malay-Muslim about the so called social contract - and demanding equal treatment and disputing the Malay-Bumiputra privileges and special position of Islam and the sovereignty of Malay Sultan.

I do not wish to say any further, but called upon those chauvinist, racial extremist and religious bigotries to remember what our own great forefathers' said at the time of the formation of the so called social contract prior to 1957!

Quote from the great forefather of the Chinese community, the late Tun Tan Siew Sin who, on 30 April 1969 said*:

The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays became citizens.
This was different to the situation before Merdeka whereas 90 percent of the non-Malays were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States.
In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.
(Orang Melayu, melalui UMNO, sangat bermurah hati untuk mengendurkan undang-undang kewarganegaraan negara ini sehinggakan dalam tempoh 12 bulan selepas merdeka, 90% bukan-Melayu menjadi warganegara.
Suasana ini sangat berbeza sebelum merdeka dimana hampir 90% bukan Melayu adalah bukan warganegara setelah hampir 100 tahun penjajah menjajah Negeri-Negeri Melayu ini.
Mengambil kira konsesi ini, MCA dan MIC bersetuju untuk meneruskan pemeliharaan kedudukan istimewa orang Melayu dan diwaktu yang sama mempertahankan kepentingan sah masyarakat lain).

Quote from the great forefather of the Indian community, the late Tun VT Sambanthan, who on 01 June 1965 said*:

Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship.

If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it.

And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, “We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.” And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens.

As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”
(Kita telah memenangi pilihanraya 1955 dengan majoriti yang sangat besar. Kemudian kita memperolehi kebebasan dalam tempoh dua tahun. Dalam tempoh itu, kita perlu berbincang soal kewarganegaraan dan beberapa perkara lain. Dan apa yang orang Melayu lakukan - memandangkan kita bercakap mengenai soal perkauman - apakah yang dilakukan oleh kepimpinan orang Melayu? Mereka mendapat sokongan 88% pengundi. Apakah yang mereka lakukan mengenai soal kewarganegaraan?
Kalau kita melihat sekeliling Asia dan Asia Timur khususnya, kita akan melihat kaum saya bangsa India tidak diterima di Sri Lanka, tidak diterima di Myanmar. Lihat saudara saya kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di Kampuchea, di merata tempat. Apa bantuan yang mereka dapat di negara-negara ini? Di Myanmar, seperti yang kita ketahui, kaum India dihalau keluar; di Sri Lanka mereka ditolak kewarganegaraan dan di Kampuchea sama sahaja. Saya tahu, dan kamu pun tahu apa yang berlaku.
Tetapi di Tanah Melayu apa yang terjadi? Disini kita dapati kepimpinan orang Melayu berkata, "kami akan menerima kamu sebagai saudara kami, dan kami akan beri kamu peluang sepenuhnya untuk tinggal di negara kami ini, dan kami akan beri peluang kepada kamu untuk menjadi warganegara". Jadi pada tahun 1957, untuk keseluruhan tahun, kita mengenepikan syarat bahasa (Melayu), dan puluhan ribu kaum India, Cina, Ceylon dan lain-lain menjadi warganegara.
Seperti yang saya katakan, saya sangat bernasib baik dilahirkan didalam negara ini. Dimana lagi yang boleh kamu temui bangsa Melayu yang begitu berkebajikan, sopan dan sangat bersusila? Dimana lagi kamu boleh menerima layanan politik yang sangat bermaruah untuk mana-mana kaum immigran? Dimana lagi didalam sejarah dunia ini? Saya bertanya kepada kamu. Ini adalah hakikat dan fakta! Siapa yang akan menjaga kepentingan kita? Saya hanyalah kaum minoriti 10% dalam negara ini. Tetapi saya sangat gembira disini).

Quote from the great forefather of the Malay-Muslim community, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman who, on 15 April 1969 said**:

"If DAP continues to question and challenge Article 153 (special privileges of the Malays & Bumiputras) then there will be chaos and the peace and harmony that we have achieved will be destroyed".

(Sekiranya DAP berterusan mempertikai dan mencabar Artikel 153 (berkaitan hak istimewa orang Melayu & bumiputera) maka kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur).
So to all of you the chauvinist, racial extremist and religious bigots, need I say any further? Res ipsa loquitur - I rest my case!!!
We should all be thankful and grateful. Because of the culture of the Malays which is based largely on Islam which taught us to be very accomodative to those in needs that our forefathers accepted you as our brethren and gives you full opportunities to explore your potentials so that we can develop this beloved nation called Malaysia!
And the Malay-Muslim has no problem in accepting that position now! In fact, I would go further and say that whoever questioned your citizenship now is, and will be considered the enemy of the Malay-Muslim!
And all the Malay-Muslim is asking for is please do not questioned, challenged and/or attacked the legality and legitimacy of privileges accorded to us by the Federal Constitution, the special position of Islam as the religion of the Federation and all the consequential provisions on Islam therein, and the sovereignty of our Sultan.
Apart from that, for all intent and purposes, we are all brothers and sisters, and are citizens of this great country called Malaysia!
Let us stand and work together towards nation-building effort to realize the dream of turning our beloved country Malaysia into a develop nation by 2020!
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 57!
DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA - KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
05 Zul-Qaedah 1435
31 Ogos 2014

* The aforesaid quotations has been researched by Tuan Haji Abdul Karim Omar, Secretary General of the Muafakat Organisation and can be surfed at www.akarimomar.wordpress.com. Congratulations to Tuan Haji Abdul Karim Omar for this excellent piece of work.
(Petikan ucapan-ucapan ini telah di kaji selidik oleh Tuan Haji Abdul Karim Bin Omar, Setiausaha Agong Pertubuhan Muafakat yang boleh dilayari di laman sesawang www.akarimomar.wordpress.com. Tahniah kepada Tuan Haji Abdul Karim Omar atas kaji selidik yang hebat ini!

* see also http://www.outusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0531&pub=utusanmalaysia&sec=Rencana&pg=re.05.htm&arc=hive

* I strongly believe the aforesaid quotations are true in substance but I stand corrected. Kindly notify me if there is any misquotation or wrong reference of the aforesaid statements by these two great leaders.

(Saya sangat yakin dengan kebenaran petikan diatas yang saya percayai benar tetapi saya bersedia diperbetulkan. Sila hubungi saya sekiranya ada apa-apa salah-petikan atau salah rujukan atas petikan kenyataan kedua-dua tokoh hebat ini).

** Please refer to Lapuran Mageran 06 Oct 1969.

*** Mungkin sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran mengkaji semula syllabus pengajian sejarah negara dan menambah-baik matapelajaran Tata-Negara dengan memasukkan catatan-catatan sejarah dan petikan kenyataan pimpinan terdahulu serta mendedahkan para pelajar dengan kisah hitam 13 Mei 1969 supaya boleh menjadi pengajaran kepada generasi muda.